14 PEDOMAN HIDUP MANUSIA

  1. Musuh Utama manusia adalah dirinya sendiri.
  2. Kegagalan utama manusia adalah kesombongan .
  3. Kebodohan utama manusia adalah sifatnya yang penipu dan munafik .
  4. Kesedihan utama manusia adalah sifat iri hati .
  5. Kesalahan utama manusia adalah mengabaikan dirinya sendiri .
  6. Dosa utama manusia adalah menipu dirinya sendiri .
  7. Sifat utama manusia yang menyedihkan adalah perasaan rendah diri .
  8. Sifat manusia yang terpuji adalah semangat dan keuletannya .
  9. Kehancuran besar adalah rasa putus asa .
  10. Harta utama manusia adalah kesehatannya .
  11. Hutang terbesar manusia adalah hutang budi .
  12. Hadiah utama manusia adalah berlapang dada dan pemaaf .
  13. Kekurangan terbesar manusia adalah sifat keluh kesah dan tidak bijaksana .
  14. Ketentraman dan kedamaian utama manusia adalah berdana dan beramal .

Jangan, Jangan, Jangan

1. Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.`

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

10. Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

11. Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

12. Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

13. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

14. Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

15. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

16. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

19. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Thursday, November 11, 2010

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?
Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi
daripada Ali bin Abu Talib,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut,
maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
 
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan)
diagih-agihkan kepada
orang-orang yang tertentu sahaja.
 
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana
penebus kesalahan (terpaksa).
 
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan
menjadi milik sendiri.
 
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
 
5. Apabila anak-anak menderhakai
ibu bapa masing-masing.
 
6. Apabila seseorang lebih memuliakan
teman daripada ibu bapa sendiri.
 
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
 
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan
di dalam masjid.
 
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri
daripada orang yang dihina oleh mereka.
 
10. Apabila memuliakan seseorang kerana
takutkan tindakan buruknya.
 
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
 
12. Apabila lelaki memakai sutera.
 
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
 
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
 
15. Apabila orang yang terkemudian
menghina orang terdahulu, maka
pada saat itu tunggulah bala yang
akan menimpa dalam bentuk angin merah
(puting beliung) atau gerak gempa yang
maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
 
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas,
dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana
yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada
perbuatan mereka sendiri.
Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam,
semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan
dari dunia hingga ke akhirat.

Renungan Bersama......

Teguran dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala

Ya Allah, Daku merasa amat malu

kerana petang semalam ada sesuatu yang daku katakan pada suami
dan suami hamba,
dikau hantarkan padaku
untuk menegur dan membimbing daku
agar teruskan benih baik sangka padaMu
benih baik sangka disiram dan dibaja
menjadi pohon nan rimbun
memberikan perlindungan pada sang musafir yang lalu
melontarkan buah pada haiwan jua manusia yang kelaparan
hattan dibaling dengan batu
hingga sobek kulitnya...

Daku malu Ya Allah
padaMu..

Alhamdulillhirabbila'alamin ya Allah atas kasih sayangMu
di sebalik musibah yang Dikau Beri
itu bukan kemarahan dan kemurkaanMu

(ada manusia mengatakan, "Hah itulah dosa kau banyak sangat, maka Tuhan hukum kau di dunia lagi)


Bukankah ujian dan musibah itu
datang dariMu yang maha Pencipta
itulah tarbiyah dariMu
agar hamba terus dekat padaMu
namun hamba ini amat malu
kerana telah berburuk sangka padaMu
bukankah Dikau bersama dengan sangkaan para HambaNya?

Dikau maha pengasih Maha Penyayang ya Allah...
Terima kasih Ya Allah

syukur Alhamdulillah..
saudara-saudara perempuan kami di bumi Palestin
sebahagiannya telah bebas dari penjara yang sungguh zalim
Syukur Alhamdulillah.....
dari malam tadi hingga ke pagi ini,
malam tadi, hamba bertemu dengan anak hamba
anak hamba kangen jua pada bondanya
anak hamba menantikan kehadiran hamba
meski dalam mimpi...hamba rasa bersyukur sangat
rindu seorang ummi pada anaknya
yang baru bercerai susu ibunya
hanya Allah yang maha tahu
rindu dan kasih ibu terhadap bayinya...
semoga dikau melindungi anak hamba....

Hamba bersyukur sangat Ya Rahman Ya Rahim
detik berlalu pancaindera telinga hamba mendengar segala berita positif
perkhabaran demi perkhabaran gembira
bagaikan teguran langsung dariMu
untuk daku kembali positive thinking padaMu
dan seharusnya hamba kena terus genggam erat
bahawa janji Allah maha benar..
ampuni hamba wahai dikau yang terlalu halus di sanubari...

(Al Fatihah untuk saudara muslim beriman yang telah meninggal dunia pada kejadian gempa bumi di Padang, Indonesia. Juga tahniah pada pasukan tentera Malaysia, dan NGO Malaysia atas kecekapan mereka dan kesungguhan mereka membantu mangsa gempa di Padang. Meski ada kanak-kanak nakal yang sentimen anti-Malaysia, nilai kemanusiaan mengatasi sempadan dan polemik.)

Nasihat dari Anas Bin Malik r.a.

Akhlak :
" Sesungguhnya seseorang itu akan naik kepada darjat tertinggi di syurga dengan budi pekertinya yang baik, meskipun dia bukan ahli ibadah. Dan dia akan sampai kepada darjat yang rendah di neraka jahanam dengan budi pekerti jahatnya, walaupun ia seorang ahli ibadah ".

Riwayat Hadis :
" Rasulullah s.a.w. bersabda " Apabila bertemu dua orang mukmin lalu berjabat tangan, nescaya di antara keduanya dibahagikan tujuh puluh ampunan. Enam puluh sembilan adalah bagi yang dahulu menjabat tangan ".

Pertengkaran :
" Pertengkaran itu menggeraskan hati dan mewarisi kedengkian".