14 PEDOMAN HIDUP MANUSIA

  1. Musuh Utama manusia adalah dirinya sendiri.
  2. Kegagalan utama manusia adalah kesombongan .
  3. Kebodohan utama manusia adalah sifatnya yang penipu dan munafik .
  4. Kesedihan utama manusia adalah sifat iri hati .
  5. Kesalahan utama manusia adalah mengabaikan dirinya sendiri .
  6. Dosa utama manusia adalah menipu dirinya sendiri .
  7. Sifat utama manusia yang menyedihkan adalah perasaan rendah diri .
  8. Sifat manusia yang terpuji adalah semangat dan keuletannya .
  9. Kehancuran besar adalah rasa putus asa .
  10. Harta utama manusia adalah kesehatannya .
  11. Hutang terbesar manusia adalah hutang budi .
  12. Hadiah utama manusia adalah berlapang dada dan pemaaf .
  13. Kekurangan terbesar manusia adalah sifat keluh kesah dan tidak bijaksana .
  14. Ketentraman dan kedamaian utama manusia adalah berdana dan beramal .

Jangan, Jangan, Jangan

1. Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.`

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

10. Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

11. Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

12. Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

13. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

14. Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

15. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

16. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

19. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Tuesday, February 24, 2009

Penghayatan 2

Assalamualaikum...

Izinkan saya untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang allah kurniakan dalam bab ini.
Kata ulama' "Kenali dirmu, maka kenal kamu akan Allah".

1. Mengenai Sirah Rasullullah
Rasulullah di Gua Hira' untuk bertahannus itu benar... cuma kesalahan fakta yang sering diwar warkan...
Sama2 kita berfikir sejenak... kata ulama' kini, bicara Iqra' yang disampaikan oleh Jibril a.s itu adalah Iqra' (membaca)
Jadi kita terjemahkan maksud keseluruhan ayat : "Bacalah, dengan nama tuhanmu yang yang menciptakan"
Adakah Jibril suruh nabi membaca ayat tu balik?
Fikir secara Logik akal : Andai saya bertanya kepada kamu dimana rumah kamu? semestinya akamu akan jawab rumah saya di sekian-sekian tempat kan? ataupun kamu akan menjawab : Dimanakah rumah kamu? sekali lagi. bacalah tu kan kalu kita belajar Qawaid, daripada Feel Amar, ayat perintah... baca apa yang sebenarnya tue????? fikir2kanlah... dala ayat Quran banyak memerintahkan manusia untuk berfikir... Afala Yatafakkaruuuun....

Dalam perbincangan sebelum nie, ada sahabat macam mempertikaikan Rasullullah bertemu dengan Allah. mungkin sahabat tersebut terlupa... kita imbas kembali perjalanan Rasulullah bersama Jibril ke Luh Mahfuz dengan menaiki Burak... Kan Rasulullah bertemu dengan Allah sewaktu Allah memerintahkan solat...

2. Menuntut Ilmu Mengenal Allah Fardhu Kifayah???
Bagi ahli Tasawuf, menuntut ilmu mengenal Allah itu Fardhu Ain.... kerana Nabi Muhammad s.a.w. mengajarkan ilmu mengenal Allah ini 13 tahun lamanya berbanding dengan seruan sembahyang sela 10 tahun sahaja... Pohon hidayat yang ditunjukkan oleh sahabat itaarisa itu memang benar... tetapi lebih afdhal dalam hidup kita ini pohonlah hidayat unutk kita mengenalinya... semoga kita sentiasa dallam rahmat dan mati kita tahu tujuan tempatnya..
Sedikit Ilmu mengenal Allah... dalam hadis nabi mengatakan Syahadata An La Ilaha Illallah
Perkara itu bukan hanya dibibir... tetapi nun jauh di lubuk hati... syahadata bermaksud penyaksian..... saksi....
Saksi yang bagaimana????

Semua perkara tersebut tidak dapat kita tuntut dengan bercerita, membaca buku, internet @ dalam majalah hatta di universiti sekalipun .... tetapi dapat dituntut dengan Guru Mursyid...
Sering dipersoalkan kepada saya bagaimana nak mencari guru mursyid.....
Memang susah untuk dikenali di abad moden ini... mohonlah petunjuk dan hidayah dari Allah dalam doa kita agar ditemukan dengan guru mursyid sebelum kita mati...

3. Pengalaman Mata Hati bertemu Allah?
Sukar untuk diceritakan... Allah lebih hampir dengan urat mereh, jika kita datang dengan berjalan Dia datang dengan berlari.... bagaimana untuk bercerita manisnya gula andai anda sendiri tak pernah rasa gula..... rasa sendiri baru tahu....

Maaf, andai ada yang terasa mahupun terguris perasaan...

Wallahua'lam.

Penghayatan 1

Allah telah melaksanakan tugasNYA setelah kamu ditempatkan dimuka bumi ini.

dan yang pasti kamu bersendirian dimuka bumi ini, dengan tanggungjawab yang berat. kena pikul tanggungjawab sebagai umat Muhammad saw. Umat akhir zaman, yang tak ada pengetua yang nak jadi as guidance.

jadi kita kena belajar dari sekeliling kita....

dari alam, dari air , dari matahari, dari suara, dari segalanya... jika ingin sampai kepadaNYA kembali.

yang paling penting, kita kena tahu apa tanggungjawab kita pada diri kita.

pada jasad dan pada roh....

kalau betui betui kita ikut... rasanya.. setiap kali kita nak buat satu satu perkara... hati kita akan bergetar ketakutan ....


namun... kerana akal bijak mengimbangi.... maka kita mampu melaksanakan setiap pergerakkan dan perlakuan..


wallahu'alam

Tazkirah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : " Bacalah Al-Quran kerana pada hari kiamat ia akan datang sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya "
[ Riwayat Muslim dan Imam Ahmad ]

Antara Semalam dan Masa Hadapan Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyyah

Hidupmu di saat ini adalah diantara hari-hari semalam dan masa hadapan. Jadi, segala yang telah berlalu boleh ditebus dengan Taubah (taubat), nadam (penyesalan) dan istighfar (meminta keampunan dari Allah). Dan ianya tidak akan memenatkan kamu, dan tidak memerlukan kamu berhampas pulas seperti halnya jika kamu seorang buruh kasar. Malah ianya adalah perbuatan hati. Oleh itu, untuk masa hadapan, (ia boleh diperbetulkan) dengan melindungi diri dari dosa. Melindungi diri ini hanyalah dengan meninggalkan (perbuatan dosa itu) dan berasa selesa tanpanya. Ini juga bukan perbuatan tubuhmu, yang memerlukan kamu berusaha dan berhempas pulas. Malah ia adalah keteguhan pendirian dan niat dihati. Jadi untuk segala yang telah berlalu, betulkanlah dengan taubat. Dan untuk masa hadapan, betulkanlah ia dengan meneguhkan pendirian dan niat. Kedua-duanya tidak mengenakan sebarang kesusahan dan keletihan pada tubuh.
Tetapi, perhatian kamu harus ditumpukan kepada masa kehadapan kamu di saat ini - masa diantara dua masa. Jika kamu membazirkannya, maka kamu telah melepaskan peluang untuk menjadi dikalangan mereka yang beruntung dan diselamat. Jika kamu menelitinya, setelah memerhatikan kedua-dua masa tadi - masa yang sebelum dan selepas saat ini, seperti yang telah kita bicarakan - maka kamu akan menjadi seorang yang berjaya dan kamu akan
mencapai kerehatan, kegembiraan dan nikmat yang kekal abadi. Tetapi, menjaganya lebih susah dari apa yang telah berlalu darinya dan yang akan datang kemudian, kerana menjaganya memerlukan kamu kepada perkara yang paling layak dan bermanfaat untuk roh kamu, dan itulah yang akan membawa kamu kepada kejayaan.
Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jahadnya adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan susuatu) dari semesta alam. Al-Ankabut:6

mai tengok gambar masjid...

Renungan Bersama......

Teguran dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala

Ya Allah, Daku merasa amat malu

kerana petang semalam ada sesuatu yang daku katakan pada suami
dan suami hamba,
dikau hantarkan padaku
untuk menegur dan membimbing daku
agar teruskan benih baik sangka padaMu
benih baik sangka disiram dan dibaja
menjadi pohon nan rimbun
memberikan perlindungan pada sang musafir yang lalu
melontarkan buah pada haiwan jua manusia yang kelaparan
hattan dibaling dengan batu
hingga sobek kulitnya...

Daku malu Ya Allah
padaMu..

Alhamdulillhirabbila'alamin ya Allah atas kasih sayangMu
di sebalik musibah yang Dikau Beri
itu bukan kemarahan dan kemurkaanMu

(ada manusia mengatakan, "Hah itulah dosa kau banyak sangat, maka Tuhan hukum kau di dunia lagi)


Bukankah ujian dan musibah itu
datang dariMu yang maha Pencipta
itulah tarbiyah dariMu
agar hamba terus dekat padaMu
namun hamba ini amat malu
kerana telah berburuk sangka padaMu
bukankah Dikau bersama dengan sangkaan para HambaNya?

Dikau maha pengasih Maha Penyayang ya Allah...
Terima kasih Ya Allah

syukur Alhamdulillah..
saudara-saudara perempuan kami di bumi Palestin
sebahagiannya telah bebas dari penjara yang sungguh zalim
Syukur Alhamdulillah.....
dari malam tadi hingga ke pagi ini,
malam tadi, hamba bertemu dengan anak hamba
anak hamba kangen jua pada bondanya
anak hamba menantikan kehadiran hamba
meski dalam mimpi...hamba rasa bersyukur sangat
rindu seorang ummi pada anaknya
yang baru bercerai susu ibunya
hanya Allah yang maha tahu
rindu dan kasih ibu terhadap bayinya...
semoga dikau melindungi anak hamba....

Hamba bersyukur sangat Ya Rahman Ya Rahim
detik berlalu pancaindera telinga hamba mendengar segala berita positif
perkhabaran demi perkhabaran gembira
bagaikan teguran langsung dariMu
untuk daku kembali positive thinking padaMu
dan seharusnya hamba kena terus genggam erat
bahawa janji Allah maha benar..
ampuni hamba wahai dikau yang terlalu halus di sanubari...

(Al Fatihah untuk saudara muslim beriman yang telah meninggal dunia pada kejadian gempa bumi di Padang, Indonesia. Juga tahniah pada pasukan tentera Malaysia, dan NGO Malaysia atas kecekapan mereka dan kesungguhan mereka membantu mangsa gempa di Padang. Meski ada kanak-kanak nakal yang sentimen anti-Malaysia, nilai kemanusiaan mengatasi sempadan dan polemik.)

Nasihat dari Anas Bin Malik r.a.

Akhlak :
" Sesungguhnya seseorang itu akan naik kepada darjat tertinggi di syurga dengan budi pekertinya yang baik, meskipun dia bukan ahli ibadah. Dan dia akan sampai kepada darjat yang rendah di neraka jahanam dengan budi pekerti jahatnya, walaupun ia seorang ahli ibadah ".

Riwayat Hadis :
" Rasulullah s.a.w. bersabda " Apabila bertemu dua orang mukmin lalu berjabat tangan, nescaya di antara keduanya dibahagikan tujuh puluh ampunan. Enam puluh sembilan adalah bagi yang dahulu menjabat tangan ".

Pertengkaran :
" Pertengkaran itu menggeraskan hati dan mewarisi kedengkian".