13. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
14. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
15. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
16. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
19. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada
orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.
Thursday, October 22, 2009
Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau juga yang tanggung natijahnya,
‘Sesungguhnye Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian’ (Surah al-Tin:4)
Sedarlarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata,
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya,
‘Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat’ (Surah al-Muajadilah:11)
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
begitu jua diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
‘You are the best ummah’, (Ali Imran: 110)
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa’, (Al-Hujurat:13)
Jelaskan visi perjalanan,
‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka’, (Al-Baqarah:201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan’ (Al-Alaq:1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan’, (Al-Ahzab:72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang beriman’ (Ali Imran:139)
Lantaran Itu, carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah - malas/ masa+yakin,
asas kejayaan,
‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri’ (Ar-Ra’d:11)
‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikianlah pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)’, (At-Tawbah:59)
Kucari kebahagian, Di sisi teman-teman, Kudapat hanya kelalaian.
Ku cari lagi, Di hati seorang kekasih, Kudapat hanya kekecewaan.
Dan ku terus mencari, Dalam meniti hari, Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari, Membawa sekeping hati, Yang sarat kerinduan, Rindu yang tiada haluan.
Aku keliru sendiri, Apa yang kucari, Apa yang kuperlukan Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti, Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar, Aku mencari cinta agung, Buat jiwaku yang merindukan, Hakikat kebenaran, Cahaya yang membelah kegelapan, Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar, Destinasi pencarianku di sini, Ku mencari-Mu Tuhan, Mengharap keredhaan, Menagih kebahagiaan, Dari sinar cahaya iman.
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2. Merekayang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yangmengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12. Merekayang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
same2 lah kite bermuhasabah diri mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam 11 golongan tersebut.
Ya Allah, Daku merasa amat malu kerana petang semalam ada sesuatu yang daku katakan pada suami dan suami hamba, dikau hantarkan padaku untuk menegur dan membimbing daku agar teruskan benih baik sangka padaMu benih baik sangka disiram dan dibaja menjadi pohon nan rimbun memberikan perlindungan pada sang musafir yang lalu melontarkan buah pada haiwan jua manusia yang kelaparan hattan dibaling dengan batu hingga sobek kulitnya...
Daku malu Ya Allah padaMu..
Alhamdulillhirabbila'alamin ya Allah atas kasih sayangMu di sebalik musibah yang Dikau Beri itu bukan kemarahan dan kemurkaanMu
(ada manusia mengatakan, "Hah itulah dosa kau banyak sangat, maka Tuhan hukum kau di dunia lagi)
Bukankah ujian dan musibah itu datang dariMu yang maha Pencipta itulah tarbiyah dariMu agar hamba terus dekat padaMu namun hamba ini amat malu kerana telah berburuk sangka padaMu bukankah Dikau bersama dengan sangkaan para HambaNya?
Dikau maha pengasih Maha Penyayang ya Allah... Terima kasih Ya Allah
syukur Alhamdulillah.. saudara-saudara perempuan kami di bumi Palestin sebahagiannya telah bebas dari penjara yang sungguh zalim Syukur Alhamdulillah..... dari malam tadi hingga ke pagi ini, malam tadi, hamba bertemu dengan anak hamba anak hamba kangen jua pada bondanya anak hamba menantikan kehadiran hamba meski dalam mimpi...hamba rasa bersyukur sangat rindu seorang ummi pada anaknya yang baru bercerai susu ibunya hanya Allah yang maha tahu rindu dan kasih ibu terhadap bayinya... semoga dikau melindungi anak hamba....
Hamba bersyukur sangat Ya Rahman Ya Rahim detik berlalu pancaindera telinga hamba mendengar segala berita positif perkhabaran demi perkhabaran gembira bagaikan teguran langsung dariMu untuk daku kembali positive thinking padaMu dan seharusnya hamba kena terus genggam erat bahawa janji Allah maha benar.. ampuni hamba wahai dikau yang terlalu halus di sanubari...
(Al Fatihah untuk saudara muslim beriman yang telah meninggal dunia pada kejadian gempa bumi di Padang, Indonesia. Juga tahniah pada pasukan tentera Malaysia, dan NGO Malaysia atas kecekapan mereka dan kesungguhan mereka membantu mangsa gempa di Padang. Meski ada kanak-kanak nakal yang sentimen anti-Malaysia, nilai kemanusiaan mengatasi sempadan dan polemik.)
Nasihat dari Anas Bin Malik r.a.
Akhlak : " Sesungguhnya seseorang itu akan naik kepada darjat tertinggi di syurga dengan budi pekertinya yang baik, meskipun dia bukan ahli ibadah. Dan dia akan sampai kepada darjat yang rendah di neraka jahanam dengan budi pekerti jahatnya, walaupun ia seorang ahli ibadah ".
Riwayat Hadis : " Rasulullah s.a.w. bersabda " Apabila bertemu dua orang mukmin lalu berjabat tangan, nescaya di antara keduanya dibahagikan tujuh puluh ampunan. Enam puluh sembilan adalah bagi yang dahulu menjabat tangan ".
Pertengkaran : " Pertengkaran itu menggeraskan hati dan mewarisi kedengkian".